Guru,
Kau umpama matahari,
Kau yang menyinari,
Dunia yang kini sepi.
Guru,
Kau sanggup mengorbankan masa,
Mendidik kami anak bangsa,
Anak jati negara kita.
Guru,
Setiap patah perkataanmu,
Ku singkap satu persatu,
Ku buka jendela hatiku,
Semuanya telah terjawab.
Guru,
Akan ku balas segala jasamu,
Segala pengorbananmu,
Adalah benak hatiku,
Engkaulah guru...
Engkaulah ratu...
Nukilan : Mira, 2 Jaya 2004
Terima Kasih Guru
Terima kasih ku ucapkan,
Wahai guruku,
Jasamu begitu besar buat diriku,
Suaramu membangkitkan semangatku,
Terngiang-ngiang hingga kini,
Menjadikan aku memburu azamku.
Terima kasih guruku,
Anak didikmu ini yang dahulunya jahil,
Kosong di dada buta ilmunya.
Kini azamku telah ku capai,
Segala keringatmu berbayar,
Aku mahu kau bangga,
Kerana aku menjadi manusia,
Yang mengenal erti jaya,
Erti buruk dan erti baik,
Sekiranya ilmu it tiada,
Mungkinkah aku di situ?
Nukilan : Lailani binti Ishak, 2 Jaya 2004
Apa yang ditunggu-tunggu? Hantarlah hasil nukilanmu juga kepada:
karyapelajar@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen anda..
Jemput datang ke blog ini lagi.. :D